Keagungan Tuhan - D'lloyd

Isnin, 23 November 2009

Nak Kaya....kenelah kreatif

Sejarah & asal usul FACEBOOK

Gambar di bawah adalah Mark Zuckerberg pengasas facebook yang kini bergelar billionair. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka.

Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Banyak sebenarnya kisah-kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru 2 tahun beroperasi, banyak web-web sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar.

Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion.

“Facebook bukan untuk dijual” kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.

Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta.

Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)