Keagungan Tuhan - D'lloyd

Isnin, 30 November 2009

Santai Cuti Sekolah....


Gambar pagi tadi ..
Bawa anak2 + anak2 saudara ke Ban Pecah. Tanjong Piandang, Perak.
Ada la sekilo dua..gelama, gerut2, tetuka, ikan duri + BUNTAL pun ade...

9.++ am 30/11/2009 Ban Pecah (Tepi Laut)

Sabtu, 28 November 2009

Apuuuh! Aku bergelar N E N E K ya!


Cucu kami yang pertama.....
yang membawa gelaran nenek kepada ku.
Anak kepada anak saudara la....

Khamis, 26 November 2009

Terkini!!!!!! (2)





Tetap hebat dari dulu hingga sekarang!
Nuan nemu berenang ka?

Terkini!!!!!!!!








Kenalilah dirinya kerana ia akan membantu anda untuk ..........perancangan Majlis ReUnion tu!!!!!

Rabu, 25 November 2009

Dulu pernah bersama kita....








Telah dijumpai....
Mereka yang pernah bersama kita di SMK Bakong.
Cari mereka dalam FACEBOOK.

(Cikgu-cikgu jangan marah saya pinjam gambar-gambar ni!)

Selasa, 24 November 2009

Sebelum terlambat.....

Ini bukan kempen untuk jualan, tapi sekadar maklumat yang boleh membantu terutama sekali orang2 tua kita yang ada masalah penyakit diabetes (kencing manis).
Biasa dengar nama STEVIA tak? Ia adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin yang mengandungi glikosid yang manisnya hampir 300x gula tetapi tanpa kalori. Malah bukan itu sahaja tetapi ia mampu mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes apabila digunakan....
Sila baca lagi dengan mengklikskan pautan bertajuk PRODUK JUA-VIA - PENGGANTI GULA di ruang Halaman yang selalu ku kunjungi di bawah.

Kepada Pengunjung Yang Beragama Islam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, 23 November 2009

Nak Kaya....kenelah kreatif

Sejarah & asal usul FACEBOOK

Gambar di bawah adalah Mark Zuckerberg pengasas facebook yang kini bergelar billionair. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka.

Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Banyak sebenarnya kisah-kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru 2 tahun beroperasi, banyak web-web sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar.

Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion.

“Facebook bukan untuk dijual” kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.

Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta.

Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook.

Ahad, 22 November 2009

Khas untuk 'Mak Cik' - 'Mak Cik'...

Kalau pening kepala nak bagi anak sarapan apa silalah layari http://zachoes.blogspot.com/ semua anda dapat idea dan kreatif, saya pun nak try jgk..

Sabtu, 21 November 2009

Nak mintak tolong ckit...


Kalau sesiapa pegi Tamu Miri tolong ambil gambar buah petai sarawak (tak payah beli) yang kedudukan bijinya memanjang. Kedudukan biji petai dalam gambar ni melintang. Kalau ada musim la..

Jumaat, 20 November 2009

Dulu vs Sekarang (Part 3)


Ok! Sape pulak ni.
Tentu anda kenal kan?

Bukan senang jadi cikgu...

Bapa korban jambatan runtuh tuntut RM105 juta
Nov 20, 09 6:37pm
Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM105 juta.

K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menuntut gantirugi itu dari 10 defenden. Insiden itu berlaku di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.

Dalam saman itu, mereka menamakan sebagai defendan, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang.

Pihak yang lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise, menteri pelajaran dan kerajaan Malaysia.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Co pada pagi tadi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.

Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa.

Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut.

Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.

Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung
kehilangan dan kerugian. - Bernama

Dulu vs Sekarang (part 2)


...tambahan kepada Dulu vs Sekarang yang terdahulu.......
Kan ke semuanya dah bertambah paling kurang 20 kg setiap orang.

Khamis, 19 November 2009

Rabu, 18 November 2009

Dulu vs Sekarang


Maaf ya! Cikgu nak pinjam gambar kalian..
Nak tengok rupa kita dulu & sekarang!
Kalau tak setuju bagi tau boleh kita buangkan catatan ini..

Selasa, 17 November 2009

To Mr Gimbun...


...ha! Gambar tu setahun yang lalu di Mekah. Kan ke tak payah pakai topi...
Tua tetap tua. Itu kan hukum alamnya. Yang muda akan tua dan akhir akan mati jugak.
Tu lah yang pegi tambah bekalan ke sana.... itu pun tak tau cukup ke tidak..sebab selalu negatifnya banyak dari positif.
Cuma nak nasihat ckit. Kalau nak beramal (cari bekalan ke sana tu..) buatlah awal2....
LAPANG SEBELUM SEMPIT,
SENANG SEBELUM SUSAH,
SIHAT SEBELUM SAKIT,
MUDA SEBELUM TUA, dan
HIDUP SEBELUM MATI.

Ahad, 15 November 2009

Nanti kami datai ke Miri nya...

Nyungkak dagang temuai ngena pakej begambar

MIRI: Mayuh bengkah endur enggau alai lanskap ke manah alai begambar orang baru jadi tauka baru melah pinang di Miri ulih nyadi pakej baru kena ngumpan dagang temuai, kelebih agi gandin melaki bini ke baru jadi, datai ke Miri.Datuk Bandar Lawrence Lai madah, Miri bisi mayuh bengkah lokasi tauka endur ke narit ati sereta manah dipeda, spesial, unik ke agi apin ditemu tauka dipeda bala mensia mayuh ari kandang menua bukai, kelebih agi ari

Semenanjung Malaysia ke patut dibantai enggau pengabis iya awakka ditemu sereta nyadi destinasi orang datai.

Miri ku iya bisi mayuh taman ungkup mensia mayuh ke manah dipeda, tebing tasik sereta enggau rampa menua ke ulih ngasuh manah agi gambar orang baru nikah nya, ari sida ke mina begambar ba studio.

“Tu chara baru kitai kena ngasuh tebilang agi sekeda endur ti manah sereta narit ati di Miri. Bala tukang gambar enggau orang bempu studio tau mega mantu kitai ngemansangka pakej tu,” ku Lai madah sepengudah ke nerima bala raban temuai masa iya ari Chris Studio ba opis iya kemari.

Ku Lai, idea baru ke inovatif besai endar guna lalu patut dikerembaika agi kena promosi Miri ngagai bala dagang temuai awakka sida gagit agi datai ke Miri.

Penatai mayuh agi dagang temuai ke Miri mantu nguatka agi imej Miri nyadi bandaraya endur makai angin sereta ngangkatka agi industri dagang temuai di Miri.

Serimbai enggau nya, iya madah temegah bendar ati laban Chris Studio ke udah promosi Miri ngena laman web sida ke udah mujur narit dua gandin melaki bini ari Johor ngambi gambar nikah sida di Miri.

Dipetik dari BORNEO POST.

Sabtu, 14 November 2009

Banjir - jalan ke sekolah pun tenggelam jugak.

14 November 2009

Banjir Di Perak Beransur Pulih Hanya 64 Mangsa Di Pusat Pemindahan

IPOH: Keadaan banjir di Perak beransur pulih dengan hanya 64 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Lembah Keluang, Selama, 125 km dari sini, yang masih berada di pusat pemindahan sehingga 6 petang tadi.

Jurucakap Polis Bilik Gerakan Balai Polis Selama berkata seramai 35 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masingmasing hari ini.

Mangsa yang dibenarkan pulang membabitkan penduduk Kampung Tebing Tinggi, Kampung Bertam dan Kampung Chin Ahlau selepas air di kampung tersebut mulai surut tengah hari tadi, katanya ketika dihubungi hari ini.

Seramai 191 mangsa banjir dari daerah Selama telah dipindahkan sejak pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi berikutan kampung mereka dinaiki air lebih satu meter.

Kelmarin, lebih 150 penduduk beberapa buah kampung di Lenggong, Hulu Perak turut dipindahkan selama sehari selepas beberapa kawasan rendah dinaiki air sehingga satu meter.

Sementara itu, Jalan Selama Bagan Serai yang ditutup sejak semalam selepas dinaiki air lebih satu meter masih ditutup kepada semua lalu lintas petang ini. BERNAMA

Jumaat, 13 November 2009

CINA ISLAM (林川興): PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

CINA ISLAM (林川興): PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Lirik Lagu HASTA LA SIEMPRE

Hasta siempre Comandante [Español]

Aprendimos a quererte
desde la histórica altura
donde el sol de tu bravura
le puso cerco a la muerte.

Estribillo:(

Aquí se queda la clara,
la entrañable transparencia,
de tu querida presencia
Comandante Che Guevara.

Tu mano gloriosa y fuerte
sobre la historia dispara
cuando todo Santa Clara
se despierta para verte.

Estribillo

Vienes quemando la brisa
con soles de primavera
para plantar la bandera
con la luz de tu sonrisa.

Estribillo

Tu amor revolucionario
te conduce a nueva empresa
donde esperan la firmeza
de tu brazo libertario.

Estribillo

Seguiremos adelante
como junto a ti seguimos
y con Fidel te decimos:
!Hasta siempre, Comandante!

Estribillo

Cerita pasal anak-anak...


Cakap pasal anak-anak ni, saya ingat yang paling dapat anak ialah Kak Nita yang ada kat KK tu. Sebab anak dia yang sulung paling kurang dah Tingkatan 3 (15 tahun) tahun ni. Ada tak ada anak lebih tua dari anak Kak Nita tu?
Sedang anak saya yang sulung pun baru tingkatan 5 (SPM tahun ni).. give u respond k!

Khamis, 12 November 2009

CINA ISLAM (林川興): Wang Mei Zhi Ke : Melegakan Rasa Dahaga dengan Bayangkan Buah Plum Hilanglah Rasa Dahaga

CINA ISLAM (林川興): Wang Mei Zhi Ke : Melegakan Rasa Dahaga dengan Bayangkan Buah Plum Hilanglah Rasa Dahaga

Walaupun hujan sepanjang hari........


aku tetap ceria. Tau kenape? Sebab sejak semalam ramai yang dah contact aku baik melalui email ke? Blog ke? ataupun SMS.
Nak tau sape mereka (ikut alphabetical)
ANITA, CATH, GLENN, SIEW LING, UBONG & YUT...tq for them.

Handsome tak? Tapi 20 tahun lalu.... yang dah tua lihat gambar di bawah tu.

Mintak tolong ckit la...

Senarai nama

BARIS HADAPAN (Dari Kiri)
Yut, Anita, Alam, Cikgu Rani, Chanang, Siew Ling, Cath.

BARIS TENGAH (Dari kiri)
Angela , Theresa. Ubong, Mona , Bustami, Ian, Dunstan, Lawrence, Sulang, Gayo.

BARIS BELAKANG (Dari kiri)
Nasir, Glenn, Azlan, Mazlan, Gimbun, Edwin, Ujang, Gerunsin , _______, Federick.

Tiada dalam gambar - Annie, Luran, Selin.

Tolong ingatkan saya nama yang kosong tua...dah tua x ingat.

Rabu, 11 November 2009

Gambar Makan Sate kita dulu!

Silalah menonton slide-slide di bawah......jangan mare.....

Selasa, 10 November 2009

YaNg MeNgGaMiT KeNaNgAn.....

Gambar famili...


Gambar tahun 2006, yang baru belum ada lagi..
Gambar single saya tahun lepas adalah.......

Isnin, 9 November 2009

Reunion Ex-student SMK Bakong SPM1991

Buat semua anak-anak ku tersayang (Student SMK Bakong SPM 1991) penghuni kelas 5A masih ingat kepada saya lagi ke? Nanti saya upload gambar kenangan kita sekelas untuk mengingati kembali siapa diri ini dan siapa diri kamu. Semuga kita dapat bertemu semula walaupun sekali. Sesiapa yang terlibat dengan mesej ini sila hubungi saya di no 0195295070 untuk saya kongsi dengan yang lain-lain bagi memudahkan kita jalankan program re-union kita di Miri suatu hari nanti.

Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)