Keagungan Tuhan - D'lloyd

Jumaat, 21 Mei 2010

Juga dari Kami Warga Ex MK Bakong

Takziah buat Catherine di atas kehilangan bapanya.

Jerat Maut Facebook

2010/05/20
“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka.
“Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford.
Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.
“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.
Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.
“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.
“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.
Crawford yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dan menjaga keselamatan remaja berkata, golongan muda berdepan risiko dengan menyiarkan profil yang boleh dilihat semua pihak.
“Kami berdepan penjenayah yang mengambil maklumat dan melawat kawasan yang dikunjungi remaja menjadi sasaran mereka, termasuk sekolah.
“Hakikatnya, jangan ambil mudah dan percaya identiti kenalan baru seperti yang mereka katakan,” katanya lagi.
Amaran itu dibuat selepas Facebook dikritik di Amerika Syarikat dan Eropah kerana membenarkan maklumat pengguna digunakan rakan korporatnya. - AFP

Khamis, 20 Mei 2010

Akhirnya Inilah Ubat Bisul ku...

Ia Kembali!!!!

BISUL

Pengenalan
Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Apa Itu Bisul?
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Apa Penyebab Bisul?
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
• Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
• Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
• Atopy (alahan)
• Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
• Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV
• Kurang zat makanan
• Pesakit diabetis.

Apakah Tanda-tanda dan Gejala Bisul?
Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:
Nanah di bahagian tengah bisul
Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut
Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti
Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

Bagaimanakah Mendiagnosa Bisul?Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.

Bagaimanakah Merawat Bisul?Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.
Rawatan termasuk :
Anti-biotik yang bersesuaian (semasa)
Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah
Pemberian ubatananti-biotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya
Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah
Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.

Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?• Menjaga kebersihan diri dengan baik
• Pastikan kulit sentiasa bersih
• Basuh tangan sebelum menyentuh muka
• Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian
• Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah

Prognosis (Harapan Untuk Sembuh)Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik.

Jumaat, 14 Mei 2010

Kami Guru Malaysia.............

...hayatilah sajak Sastrawan Negara..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
jika hari ini seorang ulama mulia,
jika hari ini seorang peguam yang menang bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Petikan sajak ‘Guru O Guru’ oleh Datuk Usman Awang.

Selamat Hari Guru


Rabu, 12 Mei 2010

Oh Malaysia ku!


Tadi aku makan di kanti sekolah, selalu macam ni paling mahal RM2.00. Tadi aku terkejut macam ni punya menu dah naik RM3.00. Katanya ikan kering tu seekor RM1.00 puuuhh.

Selasa, 11 Mei 2010

Rabu, 5 Mei 2010

Hari Selasa semalam yang sibuk..



Bawa anak pegi temuduga kat Alor Star...singgah kat Pekan Rabu, Alor Star , Kedah

Hari jadi yang ke 4X tahun..


Banyak juga dapat ucapan, terima kasih ajelah ye, yang bagi hadiah pun ada, isteri, bos, anak2 dll. Kami sambut wat makan keluarga je..sebenarnya saya tak membudayakannya..
Tengok la kek karamel yang sedap hadiah dari Is3 saya tu...dah hampir habis baru teringat nak ambil gambar he he he

Ahad, 2 Mei 2010

Tilapia oh Tilapia


Di sekitar pukul 8 pg tadi ketika balik dari rumah ibu mertua saya di Semanggol, kami sekeluarga singgah di Pasar Sehari Sungai Gedong , Bagan Serai. Kalau tak salah ada 4 gerai menjual ikan-ikan tilapia (tapi semuanya tilapia hitam) yang ditangkap di perairan tempatan. Bercakap pasal ikan ini teringatt saya kepada Pensyarah Iktiologi saya dulu Allahyarham Dr Ahyauddin Ali..semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aminnnn...

Sabtu, 1 Mei 2010

Pokok Markisa ku....


Nama saintisfik : Passiflora edulis
Jika ingin tahu lebih lanjut sila layari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72786.htm

Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)