Keagungan Tuhan - D'lloyd

Isnin, 28 Disember 2009

Tarikh Luput Tong Gas

10 Muharram 1431
suhaimi mohd

Ramai diluar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March (Suku pertama),

B utk June (Suku kedua),

C utk Sept (Suku ketiga), &

D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kanak-kanak......Cuti. & Fantasi


Taiping Central 27/12/09 (6.++ pm)

Ahad, 27 Disember 2009

Ini yang betulnya....

Don’t give me a fish, teach me how to fish.

Don’t give me a fish, teach me how to fish. by gustaf wallen.
Give a man a fish and you feed him for a day. Teach him how to fish and you feed him for a lifetime.

Sabtu, 26 Disember 2009

Pepatah Cina...


Jangan berikan ikan tetapi berilah pancing.

Khamis, 24 Disember 2009

Merry Christmas semua pengunjung yang menyambutnya...


Dari Saya & Keluarga

Maklumat tentang Cikgu Kalai..now Lawyer Kalai

About KALAICHELVAN A/L KANNAN
Name KALAICHELVAN A/L KANNAN
Date of Admission 20-12-1997
Qualification CLP
Firm VIJAYA GOPAL & ASSOC.
Branch Kota Tinggi
Address NO. 3-D, 1ST FLOOR
JALAN ABDULLAH
KOTA TINGGI
Tel 07-8839169
Fax 07-8839169

Selasa, 22 Disember 2009

Saya cukup takut sekolah runtuh...

22 Disember 2009

Perhentian bas Kuala Berang pula runtuh

5 Muharram 1431H

HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)

Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".

Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.

Projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam di Kuala Brang itu bernilai RM4.2 juta itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Akibat runtuhan itu, atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu.

Harakahdaily difahamkan kos untuk pemasangan bahagian bumbung pada projek yang dimulakan pertengahan 2008 lalu itu sekitar RM700,000.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

Isnin, 21 Disember 2009

Yang ada akaun Facebook eloklah ambik perhatian..

Facebook Perketat Setting Privacy

Sadarkah Anda? Ada yang berbeza dengan Facebook hari ini. Sebuah tingkap pop-up akan muncul bila kita melakukan sign-in ke dalam laman web jejaring terbesar saat ini. Jumlah anggota yang kian bertambah sekitar 350 juta akhirnya memaksa Facebook untuk mengetatkan setting privacy para ahlinya.”Sejauh yang kami tahu, ini merupakan kali pertama yang terjadi dalam sejarah internet,” jelas Simon Axten (juru bicara Facebook) melalui Cnet news.

Dalam tetingkap pop-up tersebut, Facebook mengingatkan anggotanya untuk lebih mementingkan keselamatan akaun Facebook peribadinya. BErmula dari status wall, info profil, hingga foto/video yang di-upload. Di sini pengguna akan dihadapkan pada 3 pilihan keselamatan, yaitu Friends,Friends of Friends, dan Everyone.

Untuk pilihan Friends, bererti pengguna hanya akan berkongsi informasi akaunnya kepada orang yang tergabung dalam akaun Facebooknya saja. Ini disarankan untuk data yang sensitif, seperti alamatemail atau nombor telepon.

Sedangkan pilihan Friends of Friends bererti, pengguna mengizinkan teman dari teman yang tergabung dalam jaringannya untuk melihat data yang di-share.

Untuk pilihan Everyone, bererti informasi yang tertera dalam akaun Facebook tersebut dapat diakses oleh siapa saja yang berhadapan dengan internet.

Selain ketiga pilihan di atas, masih ada alternatif lain, yaitu customize. Di sini pengguna dapat mengatur orang-orang tertentu yang berhak melihat akaunnya, iaitu dengan menaipkan nama pada field yang tersedia. Jadi, hati-hatilah dalam berkongsi informasi melalui laman web jejaring sosial. -InfoKomputer

Ahad, 20 Disember 2009

Sabtu, 12 Disember 2009

Makluman.....

Untuk yg baru jumpa blog ni...gambar2 baru yg dah ada,
ALAM
ANITA
ANNIE
AZLAN ???
BUSTAMI
CATH
EDWIN
GIMBUN
GLENN
IAN
MAZLAN
SIEW LING
UBONG
YOT

nak tengok sila klik arkib



Jumaat, 11 Disember 2009

Gempar.......(6)


Azlan kah ini?
Kurang pasti la...

Khamis, 10 Disember 2009

Gempar.......(5)


Orangnya masih 'handsome' kan?
Siapakah gerangannye?

Gempar.......(4)


Tentu kalian mengenalinya!
Sekarang di Limbang.

Gempar....3

...boleh jumpa dia di SK Bekenu......

Isnin, 7 Disember 2009

Gempar...(2)


Lihat tu ! Anaknya pun macam Emaknya jugak..he he he !

Ketahuilah Kebaikan Susu Kambing...

MENGAPA SUSU KAMBING PILIHAN UTAMA??

-Susu terbaik selepas susu ibu
-Tidak menyebabkan alahan
-Kuatkan sistem imunisasi
-Bersifat alkali
-Tingkatkan daya kepekaaan, tumpuan dan ingatan
-Lancarkan sistem penghadaman dan usus
-Membantu mengubati kanser, demam kuning, gastrik, ulser , asma(lelah), penyakit kulit dan sukar tidur
-Membantu merawat sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
-Imbangi gula dalam darah dan kolestrol
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
-Memulihkan tenaga batin
-Awet muda

Ahad, 6 Disember 2009

Sabtu, 5 Disember 2009

Khamis, 3 Disember 2009

Santai Cuti Sekolah....(2)


Teluk Senangin, Manjung, Perak.
(berhampiran Lumut)
Petang Rabu (2/12/2009) hingga
Pagi (3/12/2009)
Gambar diambil pukul 6.50 pm
Kamera Nokia 3110c

Rabu, 2 Disember 2009

Itulah sebabnya Di Indonesia GULA mahal...

Wednesday December 2, 2009

Government planning to end sugar subsidy to promote healthy living


KUALA LUMPUR: The Government may remove its subsidy on sugar as a way to get Malaysians to become more healthy.

The removal of the subsidy could increase the price of sugar by almost 70%, and this should discourage people from consuming so much of it.

Currently, the Government spends about RM720mil a year subsidising sugar.

The move has been proposed by various consumer groups.

The National Health and Morbidity Survey in 2006 revealed that 43.1% of Malaysian adults were overweight or obese, double the number from a decade ago.

Some 25% of deaths in government hospitals were due to circulatory diseases and strokes linked to high blood pressure, high cholesterol, high blood sugar content and obesity.

Isnin, 30 November 2009

Santai Cuti Sekolah....


Gambar pagi tadi ..
Bawa anak2 + anak2 saudara ke Ban Pecah. Tanjong Piandang, Perak.
Ada la sekilo dua..gelama, gerut2, tetuka, ikan duri + BUNTAL pun ade...

9.++ am 30/11/2009 Ban Pecah (Tepi Laut)

Sabtu, 28 November 2009

Apuuuh! Aku bergelar N E N E K ya!


Cucu kami yang pertama.....
yang membawa gelaran nenek kepada ku.
Anak kepada anak saudara la....

Khamis, 26 November 2009

Terkini!!!!!! (2)





Tetap hebat dari dulu hingga sekarang!
Nuan nemu berenang ka?

Terkini!!!!!!!!








Kenalilah dirinya kerana ia akan membantu anda untuk ..........perancangan Majlis ReUnion tu!!!!!

Rabu, 25 November 2009

Dulu pernah bersama kita....








Telah dijumpai....
Mereka yang pernah bersama kita di SMK Bakong.
Cari mereka dalam FACEBOOK.

(Cikgu-cikgu jangan marah saya pinjam gambar-gambar ni!)

Selasa, 24 November 2009

Sebelum terlambat.....

Ini bukan kempen untuk jualan, tapi sekadar maklumat yang boleh membantu terutama sekali orang2 tua kita yang ada masalah penyakit diabetes (kencing manis).
Biasa dengar nama STEVIA tak? Ia adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin yang mengandungi glikosid yang manisnya hampir 300x gula tetapi tanpa kalori. Malah bukan itu sahaja tetapi ia mampu mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes apabila digunakan....
Sila baca lagi dengan mengklikskan pautan bertajuk PRODUK JUA-VIA - PENGGANTI GULA di ruang Halaman yang selalu ku kunjungi di bawah.

Kepada Pengunjung Yang Beragama Islam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, 23 November 2009

Nak Kaya....kenelah kreatif

Sejarah & asal usul FACEBOOK

Gambar di bawah adalah Mark Zuckerberg pengasas facebook yang kini bergelar billionair. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka.

Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Banyak sebenarnya kisah-kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru 2 tahun beroperasi, banyak web-web sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar.

Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion.

“Facebook bukan untuk dijual” kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.

Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta.

Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook.

Ahad, 22 November 2009

Khas untuk 'Mak Cik' - 'Mak Cik'...

Kalau pening kepala nak bagi anak sarapan apa silalah layari http://zachoes.blogspot.com/ semua anda dapat idea dan kreatif, saya pun nak try jgk..

Sabtu, 21 November 2009

Nak mintak tolong ckit...


Kalau sesiapa pegi Tamu Miri tolong ambil gambar buah petai sarawak (tak payah beli) yang kedudukan bijinya memanjang. Kedudukan biji petai dalam gambar ni melintang. Kalau ada musim la..

Jumaat, 20 November 2009

Dulu vs Sekarang (Part 3)


Ok! Sape pulak ni.
Tentu anda kenal kan?

Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)