Keagungan Tuhan - D'lloyd

Jumaat, 16 Julai 2010

Seminggu Telah Berlalu....

...Puan Pengetua kami telah meninggalkan seluruh warga SMK Sungai Bayor untuk selama-lamanya. Masih terngiang-ngiang suaranya memanggil namaku setiap kali ada perkara yang perlu diberitahu, diberi komen atau pun meminta aku berbuat sesuatu. Kehilangannya amat terasa sekali, dan aku merasa sedih sekali bila mengenangkan beberapa hajatnya yang tidak kesampaian.....bagiku hajatnya yang terbesar ialah untuk menunaikan fardhu haji tahun ini, begitu hajat beliau untuk menghadiri konvo anaknya serta hajatnya untuk menerima menantu...ini tentu menyedihkan ahli keluarga.
Bagi kami warga SMK Sg Bayor.....apa yang dilihat sebagai hajat terbesarnya ialah untuk menjadikan semua yang ada di SMK Sg Bayor itu cemerlang dan terbilang dengan segala kejayaan. Namun apatah daya semuanya telah berlalu....mampukah kami meneruskan perjuangan beliau...maafkan kami Kak Pah sekiranya kami gagal melaksanakan misi mu..Segala usaha mu kami junjung tinggi....kami bukan berniat untuk mengampu atau mengambil hati sesiapa pun, tetapi itulah luahan hati kecil kami setelah kami kehilangannya. Betul kata orang tua-tua bahawa setelah kita kehilangan sesuatu itu maka barulah kita tahu menghargainya... semuga Allah menempatkan roh mu di kalangan hamba-hambaMU yang bertaqwa..amin ya rabbal alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)