Keagungan Tuhan - D'lloyd

Sabtu, 9 Januari 2010

Izinkan Cikgu Menulis....

Sejak semalam kejadian menyerang gereja telah berlaku di beberapa lokasi di negara kita ni. Ini sungguh menyedihkan. Namun suatu yang kalian perlu ingat bahawa mereka yang melakukannya sebenarnya bukanlah orang Islam tetapi adalah orang-orang Melayu yang saya kira jahil sekali. Bagi saya yang pernah tinggal bersama kalian untuk tempoh 5 tahun dahulu dan pernah membaca helaian-helaian Injil SIB yang selalu kalian tinggalkan di dalam kelas suatu ketika memang pernah pun berjumpa perkataan ALLAH di dalamnya. Walaupun pada saat-saat tertentu saya, anita, azlan, mazlan, nasir dan bustami mungkin kami ada terbaca atau terjumpa helaian injil-injil kalian, namun sehingga saat ini kami masih hidup sebagai orang Islam. Jadi sebenarnya di sini saya bagi pihak Umat-Umat Islam seharusnya memohon ke atas kalian berikutan kejadian tersebut. Kami anggap itu adalah kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka yang bukan dari kalangan kami.
Jika kalian lihat siapa yang lantang bersuara dan mengajak orang lain menyertai mereka ialah dari parti politik yang berlambangkan keris itu. Mereka mempolitikkan isu itu hanya bertujuan untuk meraih sokongan masyarakat melayu yang semakin menjauhkan diri dari mereka. Itulah sebabnya golongan-golongan cerdik pandai serta golongan 'yang berakal' di kalangan orang melayu hilang keyakinan terhadap mereka. Di peringkat akar umbi hanya mereka yang saya kira 'kurang cerdik' atau pun mereka ada kepentingan ekonomi saja yang masih duduk bersama golongan tersebut.
Akhirkata, maafkan kami walaupun kami sebenarnya tidak terlibat.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu.
    Benar sekali kata2 cikgu itu. Sedangkan dalam Al-Quran sendiri banyak menyebut dan peringatan kepada orang2 Yahudi dan Nasrani. Jika mereka tidak faham Allah itu tuhan, bagaimana mungkin mereka akan faham akan adanya peringatan untuk mereka di dalam Al-Quran. Banyak lagi perkara yang perlu kita beri perhatian seperti isu2 kerosakan akhlak, arak dan zina.

    BalasPadam


Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)