Keagungan Tuhan - D'lloyd

Khamis, 30 Mei 2013

SABTU 25 Mei 2013.......Ke Kelantan Darul Naim, setelah agak lama tidak ke sana. 9.30 pagi dari Selama, Perak dan sampai di PCB Kota Bharu pukul 4.00 petang. ^.00 petang 'round'2 pantai PCB, huuhh pelancung ramai sekali. Malamnya keluar makan dan terus cari di mana KTD. Alhamdulillah senang sangat la nak jumpa (dengan izin Allah jua), cuma nak balik sesat rata (supaya tahu sedikit jalan2 utama) Pukul 11.30 mlm baru sampai PCB Resort. @ 26 Mei 2013...lepas sarapan pagi (tersedia dengan menu Nasi Berlauk Ikan Tongkol..ikan aya) terus ke KTD. Daftar anak....jumpa la sahabat yang dah lebih 20 tahun tak terjumpa. Anak beliau pun daftar ke KTD. Kul 2.00 petang balik ke hotel MyPlace...org Melayu punya rasanya. Kemas jugak. Lain kali boleh datang lagi . 27 Mei 2013........baru balik ke Selama, perjalanan sibuk sekali, banyak kenderaan sedang memasuki Negeri Kelantan masa itu......kereta bertali araus di sepanjang Lebuhraya Timur Barat. Agaknya la........berapa banyak la wang pelancung / anak Kelantan yang masuk ke Kelantan setiap kali musim cuti. Andainya la........bukan produk luar yang dibeli oleh pelancung ketika di Kelantan, memang Kelantan sebuah negeri yang kaya. Namum sekiranya produk itu dari negeri seberang Sg Golok itu dibuat oleh saudara Seislam kita, apa salahnya. Kita bantu seupaya yang mungkin. Wallahua'lam. Sebulan dua lagi nak pergi ziarah anak lagi. InsyaAllah.

Jumaat, 17 Mei 2013

Assalamualaikum, Selamat Malam semua.....lama sungguh tak dapat bukak blog ni. Apalagi lupa password la tu.. PRU13 pun dah berlalu, sebelum ni tertunggu2 bila la tarikh PRU13. Semuanya telah berlalu. Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Yang menag TAHNIAH, yang kalah cuba terima kekalahan dan muhasabah kenapa masih KALAH.

Jumaat, 28 September 2012

Dah nak habis 2012 ni . Umur kita pun begitu jua...

Tinggal Okt, Nov dan Dis, maka berakhirlah 2012. Tadi Budget 2012, memang budget PRU 13. Nak kata apa lagi. Banyak TAWARAN untuk rakyat Malaysia, namun itupun sekiranya BN kembali berkuasa. Jika tidak tunggulah pula apa-apa yang ditawarkan oleh pihak pembangkang pulak. Tepuk dada tanya selera........ Ikhlas bagi ku bagi merealisaikan sebuah NEGARA MAJU, pencapaian dalam pilihanraya tak perlukan majoriti 2/3 lagi. Paling cantik kalau 51:49 baru pandangan rakyat diambilkira. kalau tidak segala keputusan berprinsipkan poket2 teman2 dan suku-sakat. Itu pandangan peribadi. Hak aku. setiap orang ada pandangan masing. Buatlah keputusan yanga terbaik. Selasa 2/10/2012 sekali lagi taklimat oleh SPR utk PRU13 ni. Ini membayangkan betapa hampirnya PRU13. Rasa2nya akhir Nov ni ataupun awal Dis nnti.

Maaf sekali lagi!!!!

Memang dah tua, asyik lupa dan hilang password nak buka blog ni.

Katakan di sini...

Hasta la siempre (Comandante Che Guevara)